Cara Isi Borang Nikah Online KL dan Selangor

assalamualaikum and hello lads! lagi berapa puluh hari sahaja ni nak kahwin. alhamdulillah, persiapan almost 60 percent dah settle. bayaran deposit pun dah siap diuruskan. cuma tinggal dapat doorgift and final fitting baju pengantin sahaja. fuh memang berdebar. tapi lain tu semua tak ada masalah pun. tak pening kepala. yang buat jadi kelam kabut adalah bila nak isi borang nikah online dan serahkan pada pihak pejabat agama.

Cara Isi Borang Nikah Online


memandangkan aku berasal dari Selangor, jadi website yang aku perlu buka ialah dari JAIS. bakal suami pula orang Penang, tapi dia duduk lama di Kuala Lumpur, jadi dia perlu buka website SPPIM. unless pasangan korang masing-masing dari negeri sama, jadi salah seorang antara korang je perlu isi borang. tak perlu kedua-duanya sekali.

Pasangan berasal atau mastautin di Selangor : NCR
Pasangan berasal atau mastautin di KL, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Perlis, Kedah : SPPIM

make sure korang tahu website apa yang korang kena buka baru boleh isi okay. then, lelaki perlu isi dahulu borang nikah mereka. dalam borang nikah online tu, ada beberapa maklumat yang korang perlukan dari pihak perempuan. 

- details pengantin perempuan : alamat (daerah, mukim), nama, ic, alamat office, tarikh nikah ibu bapa, pendapatan
- wali pengantin perempuan : nama, ic, alamat, hubungan dengan wali
- tarikh nikah korang

bila lelaki dah submit borang online, barulah pihak lelaki akan serahkan borang pada kariah dia dahulu. bila dah dapat pengesahan, pengantin lelaki perlu berjumpa dengan PAID kawasan dia pula untuk dapatkan borang kebenaran kahwin.

dah dapat, barulah pengantin perempuan boleh isi borang nikah online dia pula. isi benda lebih kurang sama dengan lelaki. kena ada details pengantin lelaki. then, perempuan punya giliran untuk jumpa kariah minta cop dan tanda tangan.

credit to mfdjannah.com

disebabkan borang dari NCR ada specific tarikh dan masa, aku suggest korang call atau message kariah korang dahulu untuk minta confirmation sama ada jurunikah boleh uruskan majlis nikah pada tarikh itu ataupun tak. kalau jurunikah tak dapat dihubungi, korang boleh je letak tarikh dan masa apa korang prefer tu. lagipun kita nak bina masjid, takkan la jurunikah taknak mudahkan urusan ni kan. kalau dia tak available, dia akan minta penolongnya pula.



 

okay, aku list kan semula prosedur secara ringkas and segala soalan yang pernah bermain di benak fikiran aku dahulu.

1. Lelaki isi borang online dahulu.
2. Lelaki pergi jumpa kariah area dia
3. Lelaki jumpa PAID untuk dapatkan borang kebenaran kahwin
4. Lelaki serahkan borang pada perempuan
5. Perempuan isi borang online (applicable to those yang pasangannya berlainan negeri)
6. Perempuan jumpa kariah area dia (sila bawa saksi dan wali bersama!)
7. Perempuan pergi PAID serah borang 

- make sure 90 hari sebelum nikah BARU isi borang okay. tak perlu buat awal-awal
- tarikh dan masa tak sama takpe. tulis dahulu tarikh yang korang dah decide. kalau jurunikah tak available, dia sendiri akan tulis pada borang tu.
- pergi masing-masing punya kariah, tak perlu ada pasangan bersama pun
- make sure borang HIV dah settle before hantar borang pada PAID
- lelaki dah settle borang, baru perempuan settle kan borang dia. jangan lupa ambil borang kahwin semua dari lelaki
- kalau korang ada wali tapi nak minta jurunikah wakilkan wali, jangan risau, masa isi borang online tu, akan ada satu part di mana korang boleh minta wali buat ataupun jurunikah buatkan. tak perlu isi detail yang lain.

biarkan sahaja kosong. masa jumpa jurunikah baru isi


best of luck untuk korang semua!

Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes