assalamualaikum and hello lads! siapa sini pernah cabut gigi dekat klinik kerajaan? ada baca macam-macam review sebelum aku ke sana. ada positif. ada negatif. tapi disebabkan murah, apa salahnya kita mencuba cabut gigi di situ. alkisahnya gigi geraham aku banyak dah berlubang. so, kena tampal. tapi ada satu ni yang memang dah teruk sangat, jadi dia dah infected sampai ke dalam. pada awalnya aku buat tampalan di Klinik Pergigian U5 yang terletak berdekatan dengan office aku. scaling and tampal. agak banyak juga bayaran. sebab klinik swasta. tapi doktor dia friendly and harga setanding klinik swasta.

Cabut Gigi di Klinik Kerajaan
tapi lepas sebulan, tiba-tiba gigi aku berdenyut tak berhenti. aku call klinik, doktor kata kalau dah start sakit, maknanya kena cabut ataupun buat root canal. haritu aku sendiri minta tampal sebab korang pun tahulah kan root canal harganya mencecah ke ribu ringgit. tu belum surgeri. kalau nak cabut macam sayang pula. sebab gigi geraham kan. dah la nak kahwin. malu pula gelak besar nampak gigi tak ada.
bila fikir tentang bayaran tu, akhirnya aku decide untuk cabut sahaja di klinik gigi kerajaan. kami pergi di Klinik Kesihatan Seksyen 7. tak perlu register di bawah. terus naik ke tingkat atas dan register di atas sahaja. hanya RM1 sahaja bayaran dikenakan.
memandangkan masa tu klinik gigi tengah renovate, jadi kami kena cabut gigi dalam bas. hahaha. kelakar pun ada. menarik pun ye. kami tunggu sebentar di dalam klinik sementara menunggu giliran. dia akan panggil dahulu before kita turun and masuk dalam bas.
dalam 2 jam juga menunggu sebab masa tu ramai orang. agak limited tau untuk berapa orang sahaja yang dibenarkan cabut gigi pada haritu. jadi, kalau tengah renovate lagi, better korang datang awal pagi. kami sampai pukul 930 pagi, giliran kami pukul 12 tengah hari. bayangkan korang yang datang lambat.
masa doktor panggil, aku cepat-cepat baring atas kerusi tu. dia cek dahulu keseluruhan gigi aku. then, dia tanya mana yang aku nak cabut. mula-mula dia kata sayang kalau nak cabut. kalau nak buat root canal boleh tapi leceh kena datang 3 kali. jadi, aku cabut sahaja. sebelum dia cabut, dia akan inject 2 kali dekat dalam pipi kita. SAKIT!! sebab dia nak bagi numb area situ before cabut.
then, aku keluar balik. kena tunggu seketika bagi area gigi tu numb seluruhnya. kalau tak, memang sakit sungguh la jadinya. doktor panggil balik, barulah doktor cabut. memandangkan aku punya blood pressure agak rendah, 100 sahaja. jadi masa nak cabut, doktor suruh aku goyang-goyang kaki sambil bertenang. takut jadi apa-apa kot kan. panik ke. ada sesiapa tahu?
alhamdulillah settle. kena bayar lagi RM1. jumlah keseluruhan cabut gigi cuma RM2 sahaja. dah nak kahwin ni, kedekut sikitlah nak spend dekat benda lain. korang boleh la cabut di klinik kerajaan juga. bagi aku, tak ada apa masalah pun. servis lama sebab murah kan, jadi ramailah nak buat.
kalau nak cepat, pergi klinik swasta. cuma mahal. itu sahaja.

dah lama tak cabut gigi kat klinik kerajaan. last cabut gigi kat klinik braces huhu
ReplyDeletehttp://sayesyadiya.blogspot.com
Hey..nak majlis dah kan..pi cabut gigi? bahagian mana tu?
ReplyDeleteYa Allah.. baca tajuk entry je kak ain dah ngeri.. hehehehe. Sesungguhnya kak ain adalah manusia yang paling takut dengan doktor gigi dari sejak kecik sampai dah tua ni. Tapi seminggu sebelum kahwin dulu pun kak ain sakit gigi, cabut gigi geraham juga. Dah tak tahan sangat menanggung sakit sampai tak boleh tidur 48 jam.
ReplyDeleteCabut gigi tu kat klinik gigi swasta di kampung. RM60 je kos nya. Doktor baik, lemah lembut, professional walaupun dah pangkat atok :) Tapi walau macam mana baik pun, tetap ada rasa takut. Kalau tak sebab sakit sangat tu, tobat lahomm tak akan jejak kaki ke klinik gigi apatah lagi klinik gigi kerajaan. Lebih seram dari filem Nun okehh..! :p
Dua hari sebelum majlis, kak ain pergi cuci gigi di klinik yang sama. Baru lah jadi pengantin dengan confident :)
...
Akak 3 kali root canal kat klinik kerajaan. 1 kali cabut gigi klinik swasta. Dua-dua kali setiap kali pegi still kaki menggigil 😂
ReplyDeleteSalam. lepas cabut gigi, ada buat rawatan susulan ke untuk ganti gigi tu ke? Dentur atau implan? atau biar takda gigi?
ReplyDeletewassalam. ganti gigi macam mana ye? saya memang cabut je terus tak buat root canal ke apa. sebab root canal kena pergi 3 kali untuk rawatan dia
Deleteklinik kerajaan mana g buat rool canal?
ReplyDeletekos dia berapa ya sis?
eh saya tak buat root canal, tapi KK Shah Alam, opposite UiTM tu boleh je nak pergi kalau awak nak buat.
Deletekos dia tak ingat tapi memang bukan beribu macam klinik swasta la.
Benda yg paling aku takut masa kena injection bius sebelum cabut, boleh tak kalau Kita Minta doktor tu sapu gel sebelum injection?
ReplyDeletehmm tak sure la pasal tu . bole kot kalau nak tanya
DeleteSwasta je boleh sapu gel sblm inject..sbb gel tu mahal dan ianya jg sbhgian dari bius.
ReplyDeletelepas cabut gigi tu ada longkang besar tak? macam mana lepas cabut tu? sakit tak??
ReplyDeletegigi geraham akak ni jenis yg paling hujung dunia tu ka ? yang tumbuh tembus isi belakang paling hujung skali tu
ReplyDeletetakk.. ni yang ketiga dari belakang tu
Delete