Print 50 Keping Gambar dengan Harga RM2

assalamualaikum and hello lads! kalau diikutkan, masa zaman dulu-dulu, mak-mak kita semua suka print gambar anak-anaknya kan. anak first ada album sendiri. anak second pun ada album sendiri. dah bongsu semakin dilupakan haha. mungkin sebab dah tak ada masa. or maybe harga print 1 gambar dah mahal. siapa sini tahu harga dekat kedai berapa RM?

Print 50 Keping Gambar dengan Harga RM2


so, alang-alang aku tunjuk dekat mana aku print gambar murah. setakat ni dah 200 keping gambar aku print. ada separuh tu gambar raya nenek bersama kawan-kawan. separuh gambar majlis tunang aku. gambar family sendiri, family mertua. macam-macam aku print. seronok juga ada gambar kita boleh pegang ni kan. senang sikit untuk nenek, mak ayah mertua aku tengok.

tanpa melengahkan masa, aku tunjuk cara nak cari gambar murah ni. familiar tak dengan Photobook dan Pixajoy? ha, biasa diorang ni memang suka buat diskaun gila-gila kan. rugi kalau sesiapa beli direct di website diorang. sebab memang agak mahal. kalau suruh orang buat pun, ambil masa. aku dulu biasa buat buku album tu tapi malas nak susun sana sini dan hias sikit-sikit. baik aku print gambar je terus. 

biasa dekat Lazada ada promosi ni. tapi bukan setiap hari. kalau hari lain, RM4 untuk 50 keping. time promosi datang, korang boleh dapat RM2 je tau! make sure bila nampak Lazada or Shopee buat sale, korang search photobook or pixajoy 4R ok. 

amysyeera

amysyeera

ha, tengok. masa ni still RM4. ni pun dah kira murah sebenarnya. jadi, bergantunglah korang nak beli masa RM2 or RM4. lepas dah beli tu, make sure korang dapat EMAIL tau! email tu jangan di delete pula. baca dulu. sebab diorang akan kasi VOUCHER CODE dekat situ. 

kalau dah delete, kirim salam lah ye. so, bila dah ada voucher code, korang bukalah website Photobook or Pixajoy. dan cari photo prints. then, log in semua. masukkan gambar yang korang nak. make sure 50 keping je tau! jangan lebih. 

andai kata korang beli lebih dari 50 keping, katalah 150 keping. satu projek tu korang buat untuk 50 keping sahaja! then, create another project untuk 50 keping. then, selebihnya projek baru. kalau korang buat semua sekali dalam 1 projek, voucher code tu takkan diterima! please take note. 

tapi harga RM2 ni tak termasuk harga postage tau. harga postage aku kena haritu dalam RM5. jadi, total kesemuanya adalah RM7. masih murah ke atau mahal daripada kedai? sila maklumkan pada aku okay! bagi aku, dah cukup berbaloi. sebab aku rasa affordable sangat dah ni. kalau tak nak bayar postage boleh, pergilah pickup sendiri di company mereka. rasanya di Sungai Petani. 

nah tengok dulu gambar-gambar yang aku print. memang berkualiti tinggi, sebab tu sampai 200 keping dah aku print. ada je promosi untuk 150 keping and so on. bergantung pada korang nak beli yang mana satu. 

contoh gambar-gambar yang aku dah print

itu sahaja. have fun printing your photos! anything boleh tanya sini okay :)

6 comments :

  1. Woww murah gilerrrrr.. Bestnya boleh albumkan byk2

    Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

    ReplyDelete
  2. Alamak..Pixajoy lagi murah..akak ari tu print kat photobook RM18..Eh...nak cuba la kat pixajoy....

    ReplyDelete
  3. Mmg murah Tu, nanti nak print juga gmbr CH yg tgh byk ni.
    Terima kasih share Amy😍

    ReplyDelete
  4. Okey sangat tu 50 keping gambar harga RM7 siap postage :)
    Dah lama nak buat tapi tertangguh je.. huhuhuu..

    ...

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes