Berjalan di Royal Floria Putrajaya 2019

assalamualaikum and hello lads! cuti Merdeka ni kalian pergi mana je? mesti ramai antara kita ni berehat dekat rumah je kan. lagipun cuti 3 hari. banyaklah juga tu. minggu depan pun cuti lagi. aku? aku cuma pergi birthday party Adam, anak kak Irrayyan dan juga ke Royal Floria Putrajaya. 


Royal Floria Putraja 2019


pada awalnya aku tak tahu pun ada Floria ni. tapi memandangkan makcik kerja MBSA, jadi dia yang share pasal Floria ni. apa lagi, terus aku suggest dekat encik tunang untuk pergi sini. dia pun setuju je hehe. ada dua option untuk korang beli tiket entrance. sama ada beli di sana ataupun beli online sahaja. aku cadangkan beli online sahaja. RM5 seorang. aku tak pasti dia start and berakhir pukul berapa. tapi event ni berlangsung sehingga 8 September 2019. 


tempat pun sudah berubah ke Taman Botani. berdekatan dengan Astaka Morocco tu. kami datang pukul 3 petang. Masha Allah ramai sangat-sangat-sangat orang datang. memang semangat semua nak tengok bunga. parking penuh almost 1/4 bulatan. sampai 2 kali kami pusing roundabout tu. akhirnya aku minta encik tunang naik atas bukit je yang menghala ke hotel ShangRi La. 

masa ni agak menyesal sedikit sebab pakai boots tinggi hahaha.. tapi nak ambil gambar lawa punya pasal. walhal tak nampak pun kasut tu. takpela. for your information, aku dah biasa pakai boots kalau berjalan ke mana-mana. so sebab tu pakai masa ke sini. cuma tak expect nak parking atas bukit. so imagine la macam mana nak turun naik bukit. sobs.

okay, tanpa banyak bicara, meh tengok sendiri gambar. 







bagi aku not bad la Floria kalini. tapi aku lebih suka Floria yang dahulu. ini pun menarik cuma macam ada kekurangan something. tapi berbaloi la kot nak pergi. sebab harga tak mahal pun. kalau nak bawa anak-anak pun okay. ada buggy korang boleh naik. nenek-nenek pun ada pergi aku tengok haritu. cuma seriously memang agak penat sikit. 

sekian dari aku. have fun! :D


6 comments :

  1. bestnye,,
    amek gmbr mmg cntik la kat sni..

    ReplyDelete
  2. Pstt..cantiknya baju...beli kat mana tu...rasa nak cari utk kakak dania la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you kak! beli dekat Lazada je.. rm20 je saya beli masa tu kak. murah kan :D

      Delete
  3. best datang ni. buat datang bergambar hehe

    ReplyDelete
  4. Cantiknya! I wish I got the energy to do this type of sightseeing. Lately ni selalu takde masa but hopefully soon. Thanks for the tip by the way, next time ticket beli online je lah.

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes