Lunch di Addon White Coffee Sri Rampai

assalamualaikum and hello lads! selalu asyik cerita pasal kahwin kan. meh aku banyakkan cerita pasal makanan. Ahad lepas aku keluar dengan encik tunang untuk survey perabot. katil dah jumpa, cuma nak beli sofa. korang ada suggestion tak nak cari perabot kat mana murah area KL ni? kalau boleh KL la kan sebab tempat lain mesti ada delivery charge. eh, berbalik pada makanan. sebelum tu, dia bawa aku ke satu restoran yang baru sahaja dibuka di Sri Rampai.


Lunch di Addon White Coffee Sri Rampai


sebutannya adalah Add On okay. memang senang sangat nak jumpa. sebab dia berada di corner. parking pun ada. alhamdulillah kami dapat betul-betul depan restoran. masa tu pelanggan tak ramai sangat. kami disapa mesra oleh staff mereka. aku suka environment dia. sangat tenang. kalau korang panas, boleh pilih untuk makan di bahagian dalam. kalau nak duduk di luar pun boleh tak ada masalah.
apa yang menarik di Addon White Coffee ni adalah White Coffee dia. specialty mereka adalah Pearl White Coffee dan juga Mee Tarik. encik tunang order dua-dua tu. aku pula order Matcha Green Tea + Red Bean. makanan pun Mee Tarik juga. tapi berlainan jenis. nah, tengok makanan kami ni.

Red Bean Matcha Green Tea - RM7.40

Fried Mee Tarik with Sliced Beef

Mee Tarik Ayam Pes Soya Cili - RM11.90

Mee Tarik dia sangat sedap! serious cakap. encik tunang punya sedap lagi. sebab digoreng. aku punya direbus. tapi ikut kehendak masing-masing. banyak pilihan untuk korang. nak nasi lemak pun ada. nasi ayam pun ada. :)

kalau nak tahu, korang nak buat birthday party pun boleh kat sini tau! segala decoration dah disediakan di situ. cuma kalau nak tambah, korang kena beli sendiri lah. satu sudut tu boleh muat sehingga 30 orang. nak banyak pun boleh. nanti buatlah reservation okay. 

Addon White Coffee ni baru sahaja dibuka sebulan lepas. tapi di Ipoh dah ada 3 cawangan pun. mungkin sebab tu tak ramai lagi tahu tentang tempat ni. korang kalau yang minat mee tarik, boleh la cuba di sini.

Nama : Addon White Coffee Sri Rampai
Lokasi : No26 G, Jalan Rampai Niaga 2, Medan Niaga Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Recommeded : Pearl White Coffee (Kaw punya) + Mee Tarik

2 comments :

  1. menarik..walau sepelaung dari rumah tapi masih tak sempat nak ke sini lagi..huhu

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes