Petaling Street + Mingle Cafe

assalamualaikum and hello lads! haritu dah bercerita mengenai BLVD House, kalini nak bercerita mengenai Mingle Cafe pula. tapi alang-alang dah dekat situ, kami berjalan-jalan di sekitarnya sekali. memandangkan hari bahagia makin dekat, aku dan tunang bila jumpa je bercerita pasal kahwin, bila jumpa je non stop tentang majlis kahwin. aku penat juga kadang-kadang. bukan penat apa. rasa macam terlalu fokus dekat majlis, lupa nak get to know each other more and have fun together doing random and stupid things! haha.

amysyeera

so, dia suggest kami berjalan-jalan di sekitar Petaling Street. dekat situ ada satu area yang lebih kurang macam dekat Penang Art Street tu. tapi sebab sampai sana tengah hari, jadi kami singgah ke Mingle Cafe dahulu.

Mingle Cafe Petaling Street


nak turun area Petaling Street ni senang je. aku rasa turun MRT Pasar Seni lebih dekat dengan tempat kami nak pergi tu instead of lalu Central Market. tapi Mingle Cafe lebih dekat dengan Central Market. up to you guys nak pergi mana satu.

Mingle Cafe ni ada dua kedai kiri dan kanan. tapi belah kanan (corner) tu khas untuk pelancong yang menginap di Mingle Hostel sahaja. jadi macam kami yang datang hanya untuk makan perlu makan di Mingle Cafe belah kiri. okay, tak ada masalah pun. aku suka interior dia! nampak classic. vintage. aku pun tak pasti the right word for it. can you tell me? 

credit to Google

amysyeera


disebabkan ramai orang, jadi kami ambil meja yang duduk sorang sebelah-sebelah tu. menghadap akuarium haha. jadilah. tapi konsep di sini kena layan diri. jadi, pergi dahulu ke kaunter untuk order apa korang mahu, bayar then tunggu makanan sampai. 

kami cuma order Acai Bowls and Pisang goreng. air pula cuma plain water.

https://b.zmtcdn.com/data/menus/612/1700612/a6bec01f36fce6406b9f4460445fab63.jpg

 tapi yang aku tak berapa gemar dengan Mingle Cafe ni, dia ambil masa untuk hidang makanan. took about 30 minutes. bagi aku, agak lama la sebab order pisang goreng je pun. 

amysyeera

amysyeera
Acai Fantasy - RM21

amysyeera
pisang goreng - RM35

amysyeera

tapi makanan overall sedap. berbaloi untuk cuba. tapi kalau tak rela tunggu lama, datang awal-awal masa kedai buka okay. 

Lokasi : Mingle Cafe (used to be Cafe 55), Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Operasi : setiap hari 7:30am - 6pm, Jumaat - Sabtu 7:30am - 11pm



kemudian kami sambung jalan-jalan di sekitar. belakang Mingle Cafe ada satu spot menarik untuk ambil gambar. cubalah jalan situ nanti. 

amysyeera

 then, berjalan lagi ke tempat lain pula. nama tempat tu ... korang boleh pakai Google Maps untuk mencari arah sebetulnya. kami pun sama.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera

have fun! itu sahaja. :) kalau dah tak tahu nak ke mana and cari tempat yang tak perlukan pakai duit sangat, boleh la datang Petaling Street ni.

5 comments :

  1. macam menarik untuk dicuba.. nice..

    ReplyDelete
  2. Menarik...yang penting aktiviti yang x melibatkan banyak duit..nanti akak bawak Dania pi sini la lepas dia exam..leh tahan gak harga kat Mingle Cafe tu erk...

    ReplyDelete
  3. Padan dengan harga, presentation makanan pun lawa :D

    ReplyDelete
  4. menariknya cafe ni. so vintage sangat. love the pictures!

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes