KUALA LUMPUR, September 7, 2019 – Dalam menghitung
detik untuk menyambut Hari Malaysia dan sebagai sebahagian daripada kempen
#MAGGIgorengMYstail, rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dan
pelbagai lapisan masyarakat telah menghantar resipi Mi MAGGI® Goreng terbaik
mereka. Ia membuktikan mi popular yang biasanya dihidangkan sebagai Mi Sup itu
tetap enak apabila disediakan sebagai Mi Goreng.
Penemuan Raja/Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia
Dengan lebih 760 penyertaan resipi yang diterima oleh MAGGI® hanya
dalam masa 5 minggu, kebanyakannya unik mengikut selera negeri-negeri yang
berbeza. Sepuluh peserta terpilih untuk mengambil
bahagian dalam acara memasak yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala
Lumpur yang mana tiga hidangan Mi MAGGI® Goreng terbaik bakal
dinobatkan sebagai pemenang.
Hadir pada acara itu, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif
Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Melihat bagaimana MAGGI®
menyatukan rakyat Malaysia dalam minat mereka untuk mi kegemaran Malaysia yang tidak
dinafikan mudah dan lazat ini memberi kami semua inspirasi. Proses memasak
MAGGI® 2-Minute Noodles yang mudah, digabungkan dengan kemahiran tukang masak
telah menghasilkan ciptaan luar biasa yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia.
Kempen ini juga selaras dengan matlamat korporat kami untuk menggalakkan tabiat
masakan yang seimbang seperti menggunakan bahan segar dan keseimbangan dan
keenakan dalam masakan”.
Cabaran
MAGGI® 2-Minute Noodles menyaksikan rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza
termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi
Mi MAGGI® Goreng yang memikat selera, dan menambah baik resipi dengan ramuan
segar untuk mencipta hidangan kegemaran keluarga masing-masing.
Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé
(Malaysia) Berhad berkata, “Hari ini kami mendapat ilham apabila melihat
bagaimana tukang masak dari lain-lain negeri boleh menghasilkan semula hidangan
Mi Sup kepada Mi Goreng yang menyerlah untuk dicatat dalam buku masakan.
Berbekalkan imaginasi dan MAGGI® 2-Minute Noodles, rakyat Malaysia telah
menonjolkan bakat mereka untuk berkongsi bersama kita beberapa hidangan Mi
Goreng terbaik dalam negara ini, yang disiapkan dengan tiga langkah mudah:
Rebus, Rencah, Goreng. Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami
untuk menggalakkan pengguna menyediakan lebih banyak hidangan di rumah
masing-masing.”
During the grand finale of Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019! Top three home-cooks preparing their own style of Mi MAGGI® Goreng, creations |
Tambahnya, “MAGGI 2-Minute Noodles bukan sahaja lebih baik dari
segi rasa dan aroma, ia juga versatil! Mi yang keriting itu boleh diubah untuk
hidangan sup atau goreng, sekali gus memenuhi pelbagai cita rasa dan boleh
dimakan pada bila-bila masa.”
Contestant from Johor with Mi MAGGI® Goreng Bunga Telang creation during the grand finale! |
Contestant from Pahang with Mi MAGGI®Goreng Kam Heong creation during the grand finale! |
Acara masakan dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé
(Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé
(Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta Mi MAGGI®, Sheila Rusly dan Cef
Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk.
Menurut Sheila, “Hari ini saya merasai sendiri
bagaimana MAGGI® mampu menonjolkan rasa cinta dalam masakan. Para
peserta menunjukkan minat yang mendalam semasa memasak. Hidangan dibawa kepada
para juri bukan sahaja enak, tetapi bercirikan Malaysia. Saya berharap
mereka boleh memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membuat semula hidangan
Mi MAGGI® Goreng yang mudah dan istimewa ini di rumah atau mencipta sesuatu
yang baharu.”
During the semi finale of Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia 2019! 10 finalists from the 760 submissions compete to be in Finale 3 |
Jelajah #MAGGIgorengmystail bertempat di pusat beli-belah
MyTOWN pada 6 hingga 8 September 2019 di mana pengguna boleh mencuba citarasa
Mi MAGGI® Goreng Malaysia dari tujuh negeri termasuk Mi MAGGI® Goreng
Kerabu Makanan Laut dari Kelantan, Mi MAGGI® Goreng Banjir Muar dari Johor
dan Mi MAGGI® Goreng Ayam Tuhau dari Sabah, serta banyak lagi. Aktiviti
menarik seperti pertandingan memasak dan persembahan turut diadakan untuk orang
ramai.
Hari
ini penemuan Raja Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia pemenang tempat pertama yang
membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI®. Pemenang
tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi baucar beli-belah bernilai
RM2000 dan RM1000 beserta hamper MAGGI®.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen terkini, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.
Mengenai Nestlé
Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar
di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara
di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap
matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan
peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh
strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912,
Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk
kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti
kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan
dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan
GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha
kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my
atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia
Untuk maklumat lanjut:
Maxine Lim
Nestlé (Malaysia) Berhad
Tel: (+603) 7965 6650
+6012-353 1337
|
Kanjana Ilango atau Alya Nurina
acorn communications
Tel: (+603) 7958 8348
+6012-602 2460
(Kanjana) atau
+6010-221 8216
(Alya)
|
Kreatifnya hidangan contestants! Nampak menarik sangat.
ReplyDeleteWah.. pelbagai gaya mi maggi digoreng.. nice
ReplyDelete