Resepi Japanese Cheesecake Basic

assalamualaikum and hello lads! semalam duk ralit tengok app Pizza Hut. ada buy 1 free 1 punya promo. tapi aku lebih tertarik nak beli kek coklat lava dia. fikir balik, macam mahal. jadi, aku cek sendiri resepi kek/biskut coklat. alahai, banyak pula fudgy. umi tak berapa suka fudgy punya. jadi aku tukar untuk buat Japanese Cheesecake. memandangkan aku ni dulu first time buat FAIL, jadi aku takut nak buat lagi. kali kedualah kiranya ni aku bake cheesecake. ini cuma basic cheesecake sahaja ye. mana tahu ada yang teringin nak buat. 



Resepi basic Japanese Cheesecake




Bahan A
60 gram susu penuh krim
140 gram cream cheese
40 gram butter
50 gram tepung gandum (all purpose flour)
15 gram tepung jagung / corn starch

Bahan B Meringue
5 biji telur (asingkan kuning telur dan putih telur)
100 gram castor sugar / fine sugar

Saiz Pan : 18cm / bergantung masing-masing

Cara-cara

*Panaskan oven dahulu. Letak loyang berisi air (1/4 tinggi loyang) dalam oven. Suhu 120 degree selama 10 minit. api atas bawah tanpa kipas!

1. Panaskan periuk kecil dengan suhu paling rendah. 
2. Masukkan susu penuh krim
3. Masukkan cream cheese dan butter
4. Kacau perlahan sehingga sebati kesemuanya
5. Make sure jangan sampai dia menggelegak. agak-agak dah sebati boleh terus tutup api

6. Lepas tutup api, alihkan periuk, masukkan tepung gandum. Kacau rata 
7. Masukkan pula tepung jagung. 
8. Masukkan kuning telur satu persatu. Kacau sehingga sebati. 

Untuk Meringue

1. Mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kental. Better guna mixer.
2. Masukkan castor sugar. Kacau sebati.

9. Masukkan meringue dalam adunan A sedikit-sedikit. Kacau perlahan sahaja secara circular motion. Jangan kacau laju-laju nanti takut tekstur tak menjadi. 
10. Habis kacau semua meringue dan adunan A tadi sehingga sebati, alihkan dalam loyang bulat. 
11. Letak loyang bulat ke atas loyang berisi air dalam oven tadi. 

Cara bake dia ada 3 kali suhu yang perlu diubah. Baca dengan teliti okay. 

1. Panaskan oven 120 degree selama 20 minit. 
2. Habis 20 minit, naikkan suhu ke 150 degree selama 15 minit. Masa ni jangan buka penutup oven lagi. Biar dahulu tertutup rapi
3. Habis 15 minit, buka penutup oven selama 10 saat kemudian tutup semula. 
4. turunkan suhu ke 100 degree selama 40 minit

5. Habis 40 minit, tutup suis oven. Buka penutup. Biarkan cheesecake dalam oven selama 10 minit.
6. Keluarkan cheesecake tadi. Siap! 

make sure ikut betul-betul arahan ni okay. nanti takut tak menjadi. mungkin cara orang lain berbeza. boleh ikut kehendak masing-masing nak ikut resepi mana okay :D

ni aku punya. sebab first try, adalah silap sedikit. tak pasti dekat mana. maybe suhu dia aku salah adjust. kalau nak bagi rasa cheese tu kuat sikit, boleh letak lemon extract and vanilla extract. tapi rasa sedap!! aku asingkan buat dalam 2 loyang. sebab tu kecik je kek ni hehe. tapi 1 kek dah settle masuk dalam perut family. alhamdulillah menjadi.


ini sebab kebulur. dah sejuk terus ngapp baru ambil gambar haha


8 comments :

  1. Terbayang gebu2 lembut2 cheese dia. Aduhhh takleh jadi ni hhehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya....Bab kek - akak suka tengok & makan. x rajin buat, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. cuba la buat kakk.. nnti rasa nak buat lagi

      Delete
  3. Sedapnya japanese cheese cake. pernah buat tapi tak jadi. kecewa! tapi tu lah boleh cuba lagi sampai jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah boleh try lagi. kita dulu pun fail. ni alhamdulillah jadi :D

      Delete
  4. Dah nak kawin ni kena pandai masak hehehe

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes