Luckin Kopi, Pasar Seni

assalamualaikum and hello lads! sejak dua menjak ni, kerja aku asyik makan je kan lepas tu buat review. sebab rasa macam dah lama tak buat review. mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk cari makan di area yang korang tak tahu kan.

Luckin Kopi Petaling Street


kalini aku cuba makan di Luckin Kopi. rupanya aku pernah lalu di sini masa berjalan-jalan di Petaling Street dengan tunang haritu. tapi tak perasan. dia betul-betul menghadap parking sebelah MRT Pasar Seni tu. kalau nak senang access, korang turun dari Pasar Seni, cari exit yang nak Petaling Street. dan korang akan nampak kedai sederet dekat depan. pergi ke hujung kanan. korang akan jumpa.

apa yang menariknya di Luckin Kopi ni, ada satu sistem yang korang perlu key in untuk dapatkan meja. perlu tekan berapa orang, dan korang akan dilayan sebentar lagi. kalau ada meja kosong, dapatlah cepat.



kami ambil seat di tingkat atas. aku suka suasana dia. nampak classic macam zaman 80an. sesuai untuk keluarga (tingkat bawah). atas agak tinggi. kalau bawa mak ayah yang tak larat, better duduk di tingkat bawah. sama juga suasana. 

kemudian kami dihidangkan dengan macam-macam jenis makanan. masha Allah tergoda sungguh aku. harga pun berpatutan. nah korang tengok sendiri menu dan makanan yang ada di sini.






aku recommend korang untuk cuba Sawadee Pasta! menarik rasa dia. a bit different to other pastas yang aku pernah rasa.

Sawadee Pasta

Petai Pasta










ni pun my favorite!

 bagi sesiapa yang berminat, boleh la ke sana.

Nama : Luckin Kopi, Petaling Street
Lokasi : 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nearby MRT Pasar Seni)
Operasi : Setiap hari 7am - 9pm 

1 comment :

  1. Wahh terima kasih sebab snap menu dengan dish nya sekali. Boleh lah nak pergi cuba nanti. Macam mudah ja nak pergi melalui pasar seni situ :D

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes