Honeymoon di Four Seasons Resort, Langkawi

dah empat bulan berlalu tapi baru berkesempatan untuk menulis tentang cerita kami berbulan madu di Four Seasons Resort Langkawi ini. jadi memandangkan kita diarahkan untuk berehat / kerja di rumah sahaja, ini lah masanya untuk aku tidak mensia-siakan segala macam aktiviti yang aku minat suatu ketika dahulu.

amysyeera

Four Seasons Resort Langkawi


kami berbulan madu sejurus sahaja majlis bertandang selesai. tetapi kami tidak terus terbang ke Langkawi. ye, memang lebih dekat dan murah untuk ke Langkawi dari Penang. tapi kami tak pack apa lagi! memang kelam kabut. tapi mujur husband beli tiket flight ke sana. jadi, sudah jimat masa dan tak perlu ulang alik ke utara berulang kali.

kami menaiki flight Malaysia Airlines yang berlepas pada pukul 12.25pm. perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. jadi, cukuplah masa untuk kami makan tengah hari dahulu di Langkawi sebelum check in di Four Seasons Resort ini. Alhamdulillah, rezeki kami dapat menginap di sini. Four Seasons ni menjadi perhatian daripada kalangan pelancong luar negara kerana tempatnya yang sangat eksklusif dan mewah, makanan yang sedap dan staff yang sentiada ada jika kita perlukan sesuatu. memang aku dah tak sabar sangat untuk duduk disitu. kami tidak stay lama, cuma 3 hari 2 malam sahaja. kerana hari seterusnya kami menginap di Berjaya Langkawi Resort pula (tak best! aku dapat bed bug urghhh)

kami decide untuk sewa kereta sahaja. kami sewa Axia kerana lebih murah (RM55 sehari) dan comfy untuk kami berdua. tapi masa sampai, staff kereta sewa tu kata kereta Axia tak ada kerana orang yang sebelum kami extend stay mereka di sana. jadi, mereka gantikan dengan Myvi. which is a good thing sebab sewa Myvi lebih mahal berbanding Axia. aku pun mempunyai kereta Myvi. jadi sudah biasa untuk drive.

disebabkan tempatnya yang eksklusif, maka tempatnya agak tersorok di belah utara Pulau Langkawi ini. apa yang bestnya, pantai dia private! jadi tak perlu bersesak dengan orang awam yang lain untuk bersantai atau berjalan di tepi pantai. semasa proses check in, kami disambut mesra oleh staff. siap dihidangkan dengan air manis. tapi bagi aku common hidang air di mana-mana hotel. yang kelakarnya bilamana salah seorang staff tanya, kami ni staff Four Seasons ke? sebab dia jarang dapat tengok couple Melayu datang menginap dekat sini. err...


 

amysyeera

amysyeera
entrance ke Four Seasons Reception


tempat dia cantik sangat! rasa macam nak bergambar di setiap pelosok tempatnya. tapi sebab masing-masing dah letih, kami masuk bilik dahulu untuk berehat. bilik kami agak jauh, jadi perkhidmatan buggy disediakan 24 jam (upon request). cantiknyaaa bilik dia. i'm so in love! oh, disebabkan kami datang sana untuk bulan madu, aku email pihak Four Seasons mengatakan kami ingin honeymoon di sana. manalah tahu dapat special treatment haha. and dapat! masuk bilik sahaja sudah ada kek dan bunga mawar merah. so romantic!

amysyeera

amysyeera
laluan ke Adult Pool

amysyeera
Staff bawa kitorang round satu Four Seasons sebelum bawa ke bilik kami

amysyeera

Garden view Upper Floor King Bed : RM2,860 include breakfast

amysyeera
Cantik kan hiasan dia!

amysyeera



bilik air dia sahaja dah sama besar dengan ruang tamu rumah umi aku. memang luas. ada jacuzi, ada bilik persalinan, cermin seorang satu. bilik dia pun besar, TV ada astro, katil banyak bantal and tebal comforter. walaupun Four Seasons ini terletak bersebelahan hutan, tapi sangat susah untuk aku tengok nyamuk berterbangan. mereka sangat concern tentang hal ini. cuma mereka ingatkan untuk tak buka pintu sebab takut monyet masuk. jenuh berkejaran nanti.

Moroccan Style

Four Seasons Resort ini mempunyai 2 jenis kolam. satu untuk keluarga, satu lagi untuk dewasa. kami mandi di Adult Pool la kan sebab tak ada orang sangat. and sangat dalam! aku bergayut kat husband je lah, dah tak reti berenang kan. tennis court pun ada, sewa basikal, spa, pelbagai jenis restoran yang berbeza cuisine dan macam-macam lagi. sini private beach cuma macam tak digalakkan sangat untuk berenang. mungkin sebab masa tu tengah cuaca tak elok. monsoon kan.


amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


kami book spa juga sebab aku memang suka pergi spa! memang dilayan bagai raja haha. lagipun penat sangat menguruskan majlis kahwin, jadi apa salahnya bagi badan relax seketika. range price untuk spa ni bermula dengan RM600 dan ke atas. ikut jenis treatment yang korang mahukan.

amysyeera

amysyeera

amysyeera

amysyeera


breakfast dia pun ada banyak sangat pilihan dan setiap hari berbeza menu dia. mungkin ini salah satu yang membuatkan Four Seasons Resort berbeza dengan hotel lain. semua sedap! oh, kalau korang nak tahu, tak silap aku setiap hari Khamis malam ada lobster show. di mana kita dapat tengok live show chef masak lobster dan makan di situ sekali bersama staff. memandangkan kami newlywed, chef bagi diskaun tapi sebenarnya tetap mahal untuk kami bayar haha. jadi, kami terpaksa tolak. sayang juga terasa tapi banyak lagi aktiviti lain kami nak pergi cuba jadi kena ikut bajet yang kami dah sediakan.




Bilik air dia. i cannot..


rasa macam sedih bila nak tinggalkan Four Seasons Resort ni. haritu ada bertanyakan salah seorang pelancong yang menginap di situ atas dasar business. sampai 7 hari dia stay situ. wow, kayanya diorang. bagi aku, memang berbaloi untuk korang duduk di sini. untuk honeymoon ataupun datang bersama keluarga. memang sesuai dan selesa. kalau berminat, boleh la book di website mereka, email, ataupun di laman web Booking.com, Agoda dan sebagainya. kena pandai cari mana yang lebih murah okay.



3 comments :

  1. Thank you for putting the price here. I have always wondered how much will it cost if I ever going to stay at the Four Seasons.

    ReplyDelete
  2. cantiknya hotel! dress awak pon cantik

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes