Makan-Makan di Kuantan, Pahang

Aku and husband suka travel. Lepas kahwin, memang banyak duit habis so kitorang selalu travel and bercuti dalam negara je. Bulan December hari tu husband ajak celebrate new year 2020 and alang alang honeymoon sekali. Dia decide nak stay dekat Grand Hyatt Kuantan, betul betul tepi pantai Teluk Chempedak tu. Ramai review hotel tu best katanya and kawan dia ada dapat kod promo untuk booking hotel tu through Traveloka.


Makan-Makan di Kuantan, Pahang


dengan hati yang gembira, aku yang sememangnya suka pack semua benda awal, cepat-cepat lah kemas pakaian semua. excited la katakan haha. husband pula jenis suka pack last minute. dia tak apalah. tak banyak barang nak bawa. kita ni macam-macam benda. selalu husband gelak, bawa beg untuk 1 hari tidur macam seminggu gaya. tapi perempuan kan..

okay berbalik pada cerita tadi. kami bergerak seawal jam 7 pagi. sampai Kuantan dalam pukul 12 tengah hari. tapi tak pergi check in lagi. sebaliknya, kami singgah di Kula Cakes dahulu. katanya sedap tak terhingga. jadi alang-alang dah ada dekat sana, kami pun cuba lah. 

Kula Cakes


Operation Hour : Everyday 11.00am - 6.30pm (Monday off)

agak senang nak cari tempat dia, tapi nak cari parking sangat susah. kena pandai-pandai cari. kami parking pun dekat kedai opposite dia. then jalan kaki. memang ramai juga masa tu beratur untuk beli. ada yang cuma take away, ada yang makan di situ. cafe dia agak kecil. tapi mungkin disebabkan itu, dia sediakan tempat makan di sebelah. di situ lebih santai dan sangat lawa. range harga kek di sini antara RM6-RM14. mula-mula bila tengok, ingatkan Mango Cheesecake dah habis. rasa sedih juga lah tapi rupa-rupanya dia simpan kat dalam sebab nak bagi sejuk.




bagi yang gemarkan konsep bangunan lama dan hijau flora, boleh melepak di sini bersama kawan-kawan ataupun keluarga. memandangkan masih belum waktu untuk check in, aku dan suami buat keputusan untuk makan di situ. kami memang pilih yang orang recommend. nak tahu juga betul ke sedap sangat tu?

ada pelbagai jenis kek disediakan di sini. aku nak cuba Burnt Cheesecake, manakala husband pula pilih Mango Cheesecake. usai order, terus cari tempat duduk. nasib baik waktu tu tak ramai orang. mungkin disebabkan kami pergi waktu hari Jumaat, semasa orang lain masih bekerja. makanan dia okay tak? hmm, not bad tapi bagi aku ada kek lain yang aku cuba lagi sedap daripada ni. tapi korang kena cuba jugalah sebab taste kita masing-masing berbeza.

amysyeera

amysyeera

amysyeera
Mango Cheesecake : RM8


Restoran Lebak


Operation Hours : Monday - Friday 12.15pm - 11pm
                              Saturday - Sunday 2.15pm - 11pm

restoran ini menjadi salah satu pilihan dalam group kaki makan. ramai yang recommend untuk cuba Nasi Kambing. aku yang sememangnya minat kambing, tak teragak untuk terus order. Restoran Lebak dari Kula Cakes tu mengambil masa dalam 14 minit. di situ pula amat mudah untuk cari parking. walaupun ketika itu sudah ramai pekerja yang makan tengah hari. crowded juga. bermakna sedaplah tu kan?

15 minit kemudian, akhirnya makanan sampai. kuantiti dia memang sangat puas hati. kambing pun banyak. sedap sangat! bau kambing pun tak kuat sangat menusuk hidung. ditambah pula dengan air sejuk, aduhai kenyang betul makan waktu tu. kawasan dia sesuai untuk lepak bersama keluarga dan kawan-kawan juga. cuma better pergi waktu bukan puncak. kasihan dekat orang lain yang menunggu lama dan kita yang menunggu giliran.

amysyeera
Nasi Goreng Kambing : RM9

Roti Bakar Beserah


Operation Hours : Everyday 7.00am - 11.59am (Monday off)

pagi esoknya kami decide untuk makan di satu tempat yang menjadi perhatian ramai orang iaitu Roti Bakar Beserah. memandangkan kami menginap di Hyatt Regency Kuantan, perjalanan untuk ke Beserah mengambil masa dalam 13 minit sahaja. cari yang berdekatan sahaja sebab masing-masing dah lapar. tak berbaloi nak ambil sarapan di hotel sebab kos mahal dan kami bukan jenis makan banyak. roti bakar ini hanya berharga bawah RM10. jadi sangat berpatutan.

kawasan dia di tepi jalan, jadi kalau nak park, memang kena park tepi jalan besar tu. agak scary juga sebab lori semua lalu situ. jadi berhati-hati okay. masa kami sampai, kami kena tunggu giliran sebab penuh! walhal jam sudah masuk pukul 10 pagi. kami ingatkan dah reda sikit suasana. rupanya masih ramai sedang menikmati sarapan masing-masing. nasib baik kami hanya dua orang jadi tak perlu tunggu lama.

makanan sampai pun dalam 10 minit macam tu. aku order yang paling berbeza la daripada menu kedai lain. sedap juga! cuma penuh sangat dengan mayonnaise. tapi okay je sebab banyak dia letak.

Roti Telur + Sosej + Cheese : RM5

Image result for roti bakar beserah

okay sampai di sini sahaja aku bercerita mengenai makanan. nanti di entry seterusnya aku akan bercerita tentang Hyatt Regency pula okay!

Stay at Home!
We can fight this Covid-19!

1 comment :

  1. My sisters are so obsessed with Kula Cakes especially their mango cheesecake.

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes