Kahwin ni seronok. Bukan bermakna
semuanya selalu indah. Memang akan ada pasang surut dia. Itu yang selalu aku
dengar daripada kawan-kawan yang sudah berkahwin. Aku siap tanya ramai
kawan-kawan tips selepas kahwin sebab takut. Sungguh ke aku dah bersedia semua?
Tapi Alhamdulillah, Allah tahu segalanya setiap perancangan. Memang aku setuju
dengan apa kawan aku khabarkan. Aku nak bercerita ni bukan bermakna aku banyak pengalaman. aku cuma mahu berkongsi sahaja setakat apa yang faham dengan alam perkahwinan bersama suami tercinta ni.

Pahit Manis Perkahwinan
Masa awal kahwin memang agak
kekok. Sebab kali ni ada banyak hati lain kita kena jaga especially suami
sendiri. Sebab syurga seorang isteri terletak pada suami dia, betul kan. Aku nak
cerita lebih mendalam pun tak boleh sebab takut keluar hal yang tak patut
disebut. Jadi aku akan bercerita secara general je.
Pasang surut. Tentulah. Aku ni
api, husband air. Bermakna aku ni kadang benda remeh pun aku nak marah.
Mujurlah husband jenis cool. Tak melenting, tapi diam je sampai aku dah elok. Tapi,
janganlah dilayankan sangat ego tu kan. Kalau rasa dah buat salah, mungkin
sampai tinggi suara pada suami, kenalah cepat-cepat minta maaf. Ego ni boleh
merosakkan hubungan suami isteri kan. Sangat bahaya.
Komunikasi. Apa-apa yang berlaku
sepanjang hari aku bekerja, aku akan cerita pada husband. Apa pun aku utamakan
dahulu dia. Barulah aku meroyan dekat bestfriends. Sebab mengadu dekat husband
lain cara, dengan kawan baik lain pula. Segala A,B,D,F keluar. Haha ok kidding.
Sepertimana yang kalian masih single selalu baca atau dengar, aku bagitahu juga
perkara sama. Communicate to each other. Kami suami isteri ada kerjaya. Jadi,
awal pagi dah sibuk nak ke pejabat. Balik rumah dah Maghrib. Masak pula, then
makan lepas tu tidur. Jadi, untuk ada me time tu kami pilih waktu weekend
sahaja. Untuk weekdays, kami akan sembang sama-sama sebelum melelapkan mata.
Handphone tu kalua boleh letak tepi dahulu. Benda ni Nampak simple, tapi yang
simple ni selalu kita pandang enteng. Perempuan pun kalau rasa benda tu boleh
melarat, jangan dipendam. Nanti meletus boleh bergaduh teruk. One thing leads
to another, you already what I’m about to say.
Toleransi. Dari segi apa? Itu berbeza
atas setiap pasangan. Contoh macam ada sesetengah orang yang suka picit ubat gigi dari atas dulu, ada orang
lain picit dari bawah dahulu. Ye kawan-kawan dan adik-adik yang masih single. Benda
ni pun Nampak kelakar tapi boleh bertekak tau. Nasib baik aku dan husband sama
fiil untuk ubat gigi tu haha. Tapi dia jenis jemur baju semua terbalik, aku
pula semua kena betulkan dahulu. Ha, takkan nak marah husband pula. Tak ada
siapa salah, tak ada siapa betul. Karang dia tak nak buat langsung dah baru
tahu. Kurangnya korang kalau kahwin, dapat husband yang rajin tolong. Tak
berkira. So, find ways to handle things maturely.
Duit. Biasanya duit memang akan jadi masalah untuk pasangan yang baru berkahwin. aku tak berani nak cakap lebih soal ni sebab takut mengguris hati dan perasaan suri rumah. tapi aku boleh katakan, aku kerja sebab tak nak sepenuhnya mengharapkan duit suami. aku ni jenis semua benda nak yang branded. Jovianista. tapi kalau selalu pakai duit suami, mahu kena jeling 100 kali. hahaha. nak beli barang dapur pun fikir 2-3 kali sebab takut membazir beli saja tapi tak pakai. jadi, kalau ada duit sendiri, ikut suka kita la nak beli apa kan. ini lagi kami akan berpindah ke rumah sendiri, lagi banyak duit nak pakai. jadi, sedikit sebanyak nak juga tolong suami.
apatah lagi sekarang ni ekonomi makin lemah disebabkan oleh Covid19. Ummi hari-hari pesan suruh simpan stok makanan, suruh simpan duit, invest emas. we don't know what the future holds for us. jadi, sebaiknya bersedia sebelum apa-apa terjadi okay.
Mertua. Alhamdulillah, aku dapat keluarga mertua yang baik. biras pun semua okay. Mana-mana yang nak berkahwin tu, jagalah hubungan dengan mertua sebaik mungkin. kita kena ingat, syurga kita pada suami, syurga suami pada ibu dia. janganlah apa pun pisahkan si suami dengan ibu dia. lagi mesti ada yang bergaduh pasal nak balik raya mana dulu kan haha. aku sebelum kahwin lagi ummi dah pesan awal-awal. Nanti kalau boleh raya Aidilfitri, raya rumah mertua aku dulu.next year baru tukar giliran.
aku menulis ni cuma mahu berkongsi. banyak benda baru kita akan belajar. memang seronok. welcome to marriage life and all the best! semoga perkahwinan masing-masing sentiasa mendapat rahmat Tuhan. kalau ada apa-apa nak tambah, sila komen di bawah ye.
adios~
aku menulis ni cuma mahu berkongsi. banyak benda baru kita akan belajar. memang seronok. welcome to marriage life and all the best! semoga perkahwinan masing-masing sentiasa mendapat rahmat Tuhan. kalau ada apa-apa nak tambah, sila komen di bawah ye.
adios~
selamat menempuh alam perkahwinan...gaduh tu biasa kalau tak tak meriah rumahtangga..hehehe
ReplyDeletesetiap perkahwinan ada turun naik... selamat menempuh alam perkahwinan... ^^
ReplyDelete