5 Yummi & Reasonable Western Food Places in Kuala Lumpur

5 Yummi & Reasonable Western Food Places in Kuala Lumpur

assalamualaikum and hello lads! makan sudah semestinya menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia. apatah lagi Malaysia ini mempunyai pelbagai jenis makanan yang boleh kita cuba. aku? mestilah suka makanan kampung dan western. makanan kampung ni senang je nak masak tapi western? hmm agak complicated juga jadi aku lebih selesa makan di kedai western sahaja. tapi tahu tak korang dekat mana nak cari kedai western dengan harga berpatutan ni? ha, meh sini tengok senarai yang ada di bawah.




#1- SOULed OUT


SOULed OUT cafe ni mula beroperasi sebagai sebuah kafe kejiranan kecil di Mont Kiara sejak tahun 1996 lagi. Kalau korang teringin nak makan makanan western tapi agak susah nak cari, korang boleh cuba kunjungi SOULed OUT cafe ni. 

Korang nak makan apa? Lamb chop, steak, pasta? Tak ada hal lah. Semua yang korang nak pasti ada kat sini dan harga dia pun tak adalah mahal sangat. 



Selain itu, kalau korang nak tahu pengunjung yang datang kat sini selalunya memang rasa macam pulang kerumah sebab ia adalah tempat yang memang sempurna untuk dikunjungi dan meluangkan masa bersama -sama dengan rakan-rakan atau ahli keuarga.

ALAMAT: NO. 20, Jalan 30/70 A Desa,Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

#2-The Good Batch


Untuk peminat-peminat kopi dan makanan yang sedap, mungkin korang boleh singgah dekat The Good Batch ni. Sebab kat sini memang diorang hidangkan banyak jenis kopi yang guarenteed power. 


Gabungan sarapan lewat pagi (brunch) dan bar sepanjang hari juga menjadi sebab kenapa The Good Batch adalah salah satu sebab kenapa The Good Batch mendapat ramai pelanggan. Memang korang wajib datanglah! 

Tambah pulak yang duduk dekat Damansara Uptown tu. yang bestnya, pelaksanaan sentuhan Malaysia kedalam makanan fusion diorang ni memang telah memberi satu perubahan yang sangat menarik kepada hidangan diorang dan berjaya menarik minat pelanggan-pelanggan diorang.

ALAMAT: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.

#3 - KGB~Killer Gourmet Burgers



Bagi yang suka pada menu burger dengan ring onion dan sebagainya, KGB~Killer Gourmet Burgers boleh memberikan kepuasan dalam menikmati burger ini. Menu yang disediakan juga sangat banyak dengan pelbagai bahan. Sos meleleh-leleh menambahkan lagi nikmat bagi para pencinta burger. 

Antaranya ialah Bobcat Club, The Shack, Bella Bomb dan Tornado. Pilihan makanan lain juga turut didapati di sana seperti stik yang juga turut disediakan.

Suasana kedai dia pun agak best dengan bertemakan suasana yang agak ‘cozy’’ dan relaks. Jadi memang selesalah kalau nak nikmati makanan korang dengan aman tanpa sebarang gangguan. Memang puas hati!

Alamat: 3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur Waktu Beroperasi: Isnin -Khamis (12 am -10.30pm) | Jumaat - Ahad (12am - 11pm)




#4 - Podgy & The Banker


Berangan nak makan makanan mewah tapi takde modal? Datanglah dekat Podgy & The Banker ni sebab kafe ni menyediakan menu yang mewah dengan harga yang agak murah. Tempat ni popular sebagai tempat untuk sarapan pagi disebabkan oleh menunya yang kebanyakan berasaskan roti, telur dan kopi yang amat menyihatkan. 


Disamping itu, kafe ini juga merupakan antara salah satu kafe paling popular di sekitar Sri Hartamas. Pelanggannya juga terdiri daripada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak.

ALAMAT: 2, Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah    Persekutuan Kuala Lumpur.

#5 - Wondermilk


Setelah makan menu yang best-best tentu nak juga makan makanan manis sebagai pencuci mulut kan? Makanan western tanpa desert mana lengkap. Untuk tujuan ni boleh cuba cafe Wondermilk. Wondermilk ni mempunyai tiga cawangan dan salah-satunya adalah di Damansara Uptown. 


Ia dah mula beroperasi sejak beberapa  tahun yang lalu dan sejak ia dibuka, memang ia sangat terkenal dengan kek cawannya yang lazat dan berwarna-warni. Selain daripada kek cawan yang amat menyelerakan, ia juga menyediakan hidangan yang agak simple seperti burger, sandwich, hotdog dan lain-lain. 

Walaupun kedengaran simple, tapi penangan dia memang padulah. Sekali cuba mesti tak cukup punya. Dari segi perhiasan dalaman pulak, memang cantik. Untuk korang yang kaki ambik-ambik gambar sebelum makan tu, Wondermilk ni memang tempat yang sesuailah untuk korang.

ALAMAT: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Dambakan Menu Western Food Yang Best? Boleh Order Online Untuk Nikmati Di Rumah 
Menu western memang menjadi kegemaran ramai orang. Mungkin disebabkan oleh rasa dan gaya persembahannya. Para pengemar daging khususnya tentu akan sangat happy dengan adanya tempat makan western food near me yang best best! Bila teringatkan menu chicken chop dan burger terus hati rasa teringin. Makin best jika dapat menikmati menu pencuci mulut yang manis dan sedap selepas itu. 
Jadi jika anda rasa sangat berminat untuk nikmati menu makanan barat begini, tak perlu nak susahkan diri. Buat saja pesanan secara atas talian di dalam website Foodpanda dan nikmatilah bila makanan telah selamat sampai nanti. 



3 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes