Resepi Nasi Ayam Mudah

assalamualaikum and hello lads! memandangkan dah tak dapat nak travel sangat, jadi aku nak tambah entry di blog ini mengenai masakan. sejak kahwin memang jadi rajin sangat nak masak. banyak ikut resepi dari umi. jadi, apa salahnya aku share di sini juga kan. tanpa berlengah panjang, aku share resepi nasi ayam ye. boleh la buat untuk menu berbuka puasa nanti. 


Nasi Ayam Mudah 


Hidangan : 2 orang


Bahan-Bahan

  • Rebus

- 4 ketul ayam (ikutlah nak bahagian mana) + 1 ketul ayam untuk dibuat sup
- 2 biji bawang putih (hiris nipis)
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)

Cara 
1. Didihkan air dahulu. kalau boleh biar air rebusan ni banyak walaupun ayam sedikit sebab kita nak pakai air rebusan untuk tanak nasi, sambal dan juga kicap nya. 
2. Masukkan ayam 
3. Masukkan bawang putih dan bawang besar
4. Rebus sehingga masak dan tutup api
5. Tapis ayam rebusan tadi kecuali ayam untuk sup dan sedia untuk diperap (next step di bawah)

  • Nasi

- 2 sudu marjerin
- 1 bawang putih (hiris nipis)
- kulit ayam (untuk bagi nasi ada rasa lemak-lemak sikit)
- 1 pot beras
- Air rebusan ayam
- 1 kiub ayam 
- garam secubit
- Daun pandan

Cara
1. Panaskan marjerin guna api sederhana
2. Masukkan bawang putih. Jangan sampai garing sangat
3. Masukkan kulit ayam. biasanya saya ambil dalam 2 lapis kulit ayam 
4. Goreng sehingga kulit ayam jadi perang
5. Masukkan beras. Gaul bersama sehingga sebati
6. Angkat beras dan masukkan dalam periuk nasi
7. Masukkan air rebusan ayam. Kita gantikan air biasa dengan air rebusan. jadi kalau biasa pakai 2 pot air untuk 1 pot beras, maka gunalah 2 pot air rebusan untuk beras tadi
8. Masukkan kiub ayam. Kalau boleh hancur-hancurkan kiub tu dulu. takut berketul nanti bila dah masak
9. Masukkan garam sedikit dan daun pandan
10. Sedia untuk ditanak


  • Ayam Goreng

- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia

Cara
1. Tumbuk bawang putih dan halia
2. Gunakan bahan tumbuk untuk perap ayam yang sudah ditapis tadi
3. Masukkan kicap lebih kurang 5 sudu ataupun boleh lebih jika masuk ayam nampak cantik warna bila digoreng
4. Perap lebih kurang 15-20 minit
5. Usai perap, bolehlah goreng dengan minyak penuh
6. Tak perlu goreng terlalu lama kerana ayam ini sudah masak.

  • Kuah Kicap

- Kuah perapan ayam
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 mangkuk kecil air rebusan ayam

Cara
1. Sekalikan semua bahan.
2. Panaskan atas kuali dengan api sederhana
3. Sedia untuk dihidang


  • Sambal 

- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 8 batang cili padi
- 1 biji limau kasturi. kalau suka rasa dan baunya, boleh tambah satu lagi
- 1 biji limau nipis. optional
- 1 mangkuk kecil air rebusan ayam
- 1 sb gula
- secubit garam

Cara 
1. Hiris kasar kesemua bahan tadi kecuali limau nipis
2. Masukkan bahan hiris ke dalam blender. 
3. Limau nipis itu cuma ambil air perahan sahaja. limau kasturi pula kita akan blend bersama. 
4. Masukkan gula 1 sudu. boleh masuk lebih jika tak tahan pedas
5. Masukkan garam secubit
6. Masukkan semangkuk air rebusan ayam
7. Blend sehingga hancur elok 
8. Sedia untuk dihidang 

  • Sup Ayam

- 1 inci halia tumbuk
- Sup bunjut
- Daun sup

1. Panaskan semula air rebusan yang masih ada ayam tadi
2. Masukkan halia dan sup bunjut
3. Perasakan dengan garam
4. Tutup api dan masukkan hirisan daun sup
5. Sedia untuk dihidang


Selamat mencuba!

1 comment :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes