Trip Balkan 10H9M | Montenegro

assalamualaikum and hello lads! it's MCO time! tak sangka akan menempuhi zaman macam ni. sedih ada, risau ada. tapi nak buat macam mana kan, yang penting kita kena pandai jaga diri dan jaga keselamatan. memandangkan aku masih berada di rumah dan tidak bekerja buat sementara waktu, aku nak update blog mengenai trip ke Balkan. atau lebih spesific lagi, Montenegro.


Trip Balkan 10H9M | Montenegro


Montengero menjadi kegemaran aku di antara negara-negara yang terdapat di Balkan. Mungkin negaranya merupakan kombinasi antara laut dan bangunan bersejarah. Negara agak kecil berbanding lain tetapi kecantikannya, masha Allah, rasa macam tak nak balik dari situ. apa maksud Montengro ni? menurut apa yang aku dengar, Monte bermaksud Mountain iaitu gunung ganang. manakala Negro pula hitam. maka bila digabungkan menjadi Black Mountain. ye, bandarnya dikelilingi dengan gunang ganang yang sangat cantik.

montenegro


tahu tak apa lagi benda yang menarik di sini? nama bandarnya ialah Kotor. ye, Kotor. tapi Kotor adalah tempat yang paling bersih sekali aku pernah pergi. korang memang wajib datang sini tau one day!! banyak aktiviti yang korang boleh buat di sini tapi masa aku tak banyak, jadi ini sahaja tempat yang sempat aku explore. 

City Walls





city walls ni sangat besar! seolah-olah macam A Famosa di Melaka. tetapi dalam ni terdapat macam-macam kedai, rumah, pejabat pos, penjara pun ada tau! aku teringin nak pergi tengok macam mana dia buat penjara dekat kawasan macam ni tapi jauh sangat pula. memang best sangat datang sini. bestnya kalau satu hari dapat pergi lagi. 

kalau nak panjat pun boleh tapi ada admission price dia. kalau diikutkan sekarang harganya €8 ialah bermula dari 8am sampai 8pm (May to September). aku tak panjat, cuma pusing sekeliling kawasan dalamnya sahaja. penat kot kalau nak naik. macam nak naik tangga di Batu Caves tu! cuma 1350 steps sahaja. are you up for it?

tanpa berbicara panjang, aku share gambar untuk korang hayati sendiri. 



 



Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes