Bercuti di Lone Pine Boutique Hotel, Penang

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? Salam CMCO. memandangkan kita berada di dalam musim penyakit merbahaya, jadi niat untuk travel ke luar negara tu terpaksa letak tepi dahulu. tapi apa salahnya kalau bercuti di dalam negara Malaysia kita ini kan. banyak sebenarnya tempat menarik yang kita boleh pergi. contohnya macam Pulau Pinang. tempat menarik, makan sedap and hotel pun affordable. 

10 Oktober lepas merupakan hari jadi aku. jadi husband bawa aku bercuti ke Penang. kami tidak keluar ke mana-mana pun, hanya duduk di hotel sahaja. Lone Pine Boutique Hotel ni terletak di area Ferringhi Beach. dekat sangat dengan kawasan pasar malam tu. pantai pun betul-betul dekat belakang hotel ni. masa kami sampai untuk check in tu, ramai juga rupanya pengunjung. mungkin juga sebab ramai yang tak dapat ke luar negara, jadi inilah masa nya nak bawa keluarga jalan-jalan di negeri kita ni. durasi check in mengambil masa 1 jam sebab mereka kekurangan staff. tapi yang penting bilik kami dapat tu bersih. 

Lone Pine Boutique Hotel

Price: RM285

husband guna promo dari MHHolidays, jadi dia dapat tawaran yang sangat menarik iaitu RM600+ untuk hotel bersama ticket flight pergi balik untuk 2 orang. 

lone pine boutique hotel

bilik hotel dia menarik! aku dengan suami dah biasa sangat explore hotel jadi kami agak cerewet dari segi design, comfort dan lokasi dia. tapi ini adalah salah satu tempat yang berjaya membuatkan aku jatuh suka. bilik air besar, cermin besar! sekali dengan lampu macam vanity mirror tu. dekat balkoni pula ada bath tub! tak perlulah nak bercampur mandi dengan orang lain kan! dengan Covid-19 lagi, kita bukan tahu siapa yang terkena siapa yang sihat. 





lunch set dia pun sangat berpatutan harga dia. husband buat reservation untuk picnic by the sea or something like that. harganya cuma RM58 untuk satu set. ada dua nasi putih, ikan 3 rasa, ayam kung pao, buah-buahan dan macam-macam lagi. sangat berbaloi. tapi kecewa sikit sebab pemandangan dia tak seindah nama lunch dia. haha. kami menghadap kawasan construction. 

sarapan pagi pun included dalam pakej honeymoon kami ni. aku kalau time breakfast, memang suka try semua benda. sebab kadang nak masak sendiri tu memang tak la kan. jadi, inilah masa dia. husband pun kuat makan, sampai berkali kali kami tambah. ramai juga orang datang bercuti di Lone Pine ni. memang sesuai kalau nak bercuti dengan keluarga tercinta. 

kalau kalian nak berjalan-jalan pun seronok dekat kawasan sini. ada Starbucks. ada kedai makan sedap. ini pun pakcik Grab yang bagitau kami. walaupun tak explore apa sangat, tapi dalam otak dah catat semua apa pakcik tu cakap. so nanti in the future boleh datang lagi sekali. hopefully Covid-19 sudah berakhir pada waktu itu. 

 

 

okay itu sahaja dari aku. jumpa lagi di entry akan datang. 

Adios~


Post a Comment

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes