Alahan Teruk Semasa Trimester Pertama

assalamualaikum and hello lads! siapa di sini yang masa mengandung dahulu dia mabuk teruk? ye, aku tidak terkecuali. terlalu teruk sehingga terbaring sahaja atas katil, atas sofa. kasihan juga pada suami sebab tengok isterinya lemah dan tak berdaya tapi apa boleh aku buat. tenaga ni bagaikan hilang terus pada masa tu. 

Alahan Teruk Trimester Pertama

pada awalnya semua masih baik. kami berdua happy sebab bakal menimang cahaya mata sendiri. tapi bila dah masuk minggu ke 6. mulalah aku rasa sedikit demi sedikit alahan yang muncul. bayangkan di dalam office pun, aku cuma duduk bawah meja kerana betul-betul tidak bermaya. apa sahaja yang aku makan akan keluar balik. aku dan bilik air memang berpisah tiada. sehinggakan boss aku nampak dan atas persetujuan bersama, aku mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan. 

pada mulanya aku ingat mahu berhenti kerja sahaja tapi memandangkan musim PKP ni agak susah untuk cari kerja di tempat lain, jadi nasib baik kami bersetuju dengan perjanjian ini. aku pun dapatlah berehat di rumah dan kembali bekerja setelah trimester pertama berakhir. 

semasa di rumah, memang teruk keadaan aku. dengan tak dapat nak balik rumah umi selalu (disebabkan oleh PKP), jadi aku hanya mampu menangani benda ini seorang diri. mujur ada suami yang selalu bagi semangat pada aku ni. antara simptom yang aku alami selama alahan dahulu antaranya: 

1. Muntah 

ye, memang akan keluar balik apa yang aku makan. tak kisahlah se simple mana pun makanan itu, pasti akan keluar kembali. memang penat. sampaikan aku cuma makan biskut kering dan air susu kambing / milo kosong sahaja. dengar perkataan goreng-goreng pun dah buat aku rasa mual. benar. dengar sahaja boleh jadi macam ni. 

aku cadangkan kalau betul-betul tidak boleh telan apa dan masih mencari jalan untuk makan demi anak, kalau dalam hati terasa nak makan benda tu, order/masak sahaja. sebab possibility untuk kita makan benda yang kita teringin tu lagi tinggi daripada randomly order benda yang biasa kita order/masak.

2. Sejuk badan

mungkin kerana tidak cukup makan, jadi badan aku sentiasa rasa kesejukan. nak mandi pun rasa malas je, asyik kena paksa dengan suami barulah kaki ni gigih melangkah ke bilik mandi. siang-siang sentiasa berselimut, malam pula cuma pakai kipas dan berstokin. kasihan suami kepanasan haha. maaf suamiku.

orang kata time mengandung ni, angin senang sangat masuk dalam badan. jadi, malam-malam digalakkan untuk pakai stokin. memang membantu! lagi mudah untuk aku tidur sebenarnya. dan kurang sikit rasa nak ke bilik air tu.

3. Tiada Tenaga

nak berdiri, apatah lagi berjalan jauh memang tak larat sangat. tapi dalam hati kasihan pada suami sebab asyik terperap sahja di rumah tidak ke mana-mana. disebabkan PKP ini jugalah, suami diarahkan oleh syarikatnya untuk Work From Home (WFH) sehinggalah ke harini. bagi sesiapa yang masih wfh, pasti anda akan mengalami perasaan itu juga kan. bosan terperap di rumah tiada aktiviti. apatah lagi kawasan rumah kami ini tiada kawasan riadah. 

nak masak apatah lagi. memang sepanjang 2 bulan tu, aku langsung tak masuk dapur. nak berdiri pun rasa nak pengsan. jadi, hanya mampu order sahaja setiap hari. adakalanya bosan juga, adakalanya kesian kat suami, tapi nak buat macam mana kan. kadang-kadang tu aku menangis sendiri sebab rasa macam useless masa tu. 

umi kata time ni janganlah paksa badan tu sangat. nanti takut affect diri sendiri dan baby. masa ni jugalah nak berehat pun. nanti anak dah lahir, memang susahlah nak cari masa rehat sendiri nanti. asyik anak nak melekat je. 

4. Sensitif bau

aku sangat sensitif pada bau! orang tingkat 10 tengah masak pun aku boleh bau. bila dah start bau tu, memang rasa nak muntah. aduhai. bau makanan bergoreng memang buat aku mual. siapa yang dah mengalami ni memang akan tahu macam mana. sampai sekarang aku masih sensitif pada bau cuma aku dah biasa. 

aku rasa itu sahaja kot. bila baca artikel mengenai trimester pertama ini, memang badan ibu mengandung sedang menyesuaikan diri untuk si anak 'tinggal' di dalam rahimnya, jadi macam-macam hormon bercampur baur. sebab itulah badan terkejut and ambil masa untuk sesuaikan diri. aku nak bercerita terlalu terperinci pun susah sebab aku tak tahu sangat medical term ini. 

tapi aku bersyukur sebab dapat mengalami perasaan ini. aku tahu masih ada yang belum mendapat rezeki zuriat. aku pernah rasa benda itu. aku berharap suatu hari nanti, kalian akan dapat zuriat masing-masing juga. in shaa Allah. and untuk alahan ini, tidak semua akan mengalaminya. ada yang sampai ke minggu 39 masih merasa. ada yang tidak langsung kena alahan! beruntung juga tu haha. ikut ketahanan badan masing-masing. 

2 comments :

  1. hai amysyeera! kak anamizu here hopefuly masih ingat hehehe.. kawan sekerja kak ana pun mengalami mcm tu jugak.. tak boleh bau masakan bergoreng terus nak termuntah.. kesian pada mommy to be.. moga terus kuat tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak Ana! mestilah ingattt hehe.. kak Ana apa khabar?

      thank you. in shaa Allah aamiin :)

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes