Pejuang Dua Garis

assalamualaikum and hello lads! bagi sesiapa yang sudah berkahwin, pasti pernah dengar dengan tajuk aku di atas kan? siapa sangka aku salah seorang daripada pejuang dua garis biru ini. bagi yang tidak tahu, maksudnya adalah berusaha untuk mengandung/menghamilkan diri. mengandung itu ternyata memang mudah bagi kebanyakan wanita. tapi ada juga macam kami yang tidak mempunyai peluang seperti itu. aku tergerak untuk menulis tentang cerita ini disebabkan sekarang tengah tular tentang drama 'Rahimah Tanpa Rahim'. tapi aku tidak mahu sebut tentang itu sebab aku tidak berada di tempat mereka. aku minta maaf bagi sesiapa yang mempunyai dugaan hebat seperti itu. anda wanita kuat.


Aku dan PCOS

aku juga hampir kena situasi sama. bilamana masa tingkatan 2 dahulu, arwah abah hantar aku ke hospital sebab aku mengalami sakit yang teruk sangat di bahagian perut. masa tu dah dekat berapa bulan aku selalu sakit perut. nenek kata aku mungkin senggugut. lagipun, itu kebiasaannya waktu gadis-gadis datang haid. tapi sampai sudah aku tak kena. rupanya bila doktor cek, ada masalah di dalam rahimku ini. tidak perlu aku bercerita lebih lanjut kerana ia terlalu peribadi. tapi apa yang aku nak nasihat, mungkin pada gadis-gadis ataupun ibu yang membaca artikel ini, kalau sakit korang berlarutan and tiada tanda darah mahu keluar, better pergi consult doktor sebelum terlambat. alhamdulillah, rahim aku berjaya diselamatkan. gerun bila dengar doktor kata rahim dah bengkak teruk. sedih. 

sepanjang itu, tiada lagi masalah berlaku. sampailah ke satu masa aku berkahwin dengan suami. kami berkahwin pada tahun 2019. awalnya excited, sebab dalam kepala memang dah terbayang ada baby sendiri. tapi bila bulan berganti bulan, aku jadi sedih. ada masa aku cek depan cermin. tengok perut sendiri. membayangkan kalau perut besar macam mana. haha. lama kelamaan macam putus harapan. boleh ke aku mengandung? perlu ke aku pergi berjumpa doktor? ada masalah lagi ke dengan rahimku ini? nak bagitahu suami macam tak sampai hati. tapi kami nak hampir setahun kahwin.

belum lagi disogokkan dengan soalan-soalan dari orang lain. 

'eh, dah lama kahwin kan, still berdua ke?'

'hai, merancang ke? jangan lama sangat nanti takde langsung'

pandai betul orang lain kan. bercakap memang laju. tapi yang sakit tu kita sendiri rasa. diorang ingat kita ni tak ada usaha untuk dapatkan anak agaknya. umur dah hampir 30, takkanlah nak merancang. tapi kalau Allah dah tentukan macam ni hidup kita, siapa kita untuk menidakkannya. dulu masa single, kalau dah rasa ayat 'kenapa single lagi, memilih ke?', berdoalah kalian tak kena soalan macam ni lepas dah kahwin. mulut manusia.. 

jadi, perkahwinan hampir mencecah setahun, kami decide untuk pergi hospital. dan doktor mengesahkan aku hampir-hampir menghidap PCOS. bagi sesiapa yang tak tahu, PCOS ni boleh menjadi salah satu punca untuk susah nak mengandung. tidak mustahil tapi sukar. aku sedih lagi sekali. ini dugaan yang berat bagiku. tapi mujur la doktor kata masih boleh dikawal lagi. jangan sangka PCOS hanya dialami oleh wanita berbadan besar sahaja ye. yang kurus pun boleh dapat. 

wanita di luar sana, aku nasihatkan, tolong lah jaga cara pemakanan anda. jangan selalu sangat mengamalkan makanan manis setiap masa. banyakkan makan sayur, buah dan minum air kosong. memang seronok makan manis, tapi jadi tak manis bila menghidap penyakit macam ni. selain itu, aku juga mengamalkan fish oil, susu kambing, folic acid dan juga COQ10. ramai penghidap PCOS yang mencuba ini juga. 

selepas beberapa bulan, akhirnya Allah menjawab doa kami. alhamdulillah, kini aku sedang berbadan dua. almost 5 months baby aku. jadi, janganlah cepat sangat berprasangka pada Allah. Allah knows better than anyone of us. mana yang masih lagi mencuba, aku doakan kalian mendapat rezeki anak macam kami juga. bagi yang belum berkahwin, aku doakan kalian mendapat jodoh yang baik dan boleh bersabar dengan perangai masing-masing. alhamdulillah, aku dapat suami yang sangat memahami diri ini. doakan perjalananku mengandung dan bersalin nanti berjalan dengan lancar ye. 

terima kasih kerana membaca. 


2 comments :

  1. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran baby nanti
    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. I'm so happy for you Amy despite the challenges. Congratulations :)

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes