Pengalaman Buka Buku Pink di Klinik Kerajaan

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? salam PKP 2.0. agak sedih juga sebab masih belum reda wabak ini. entah bila baru kita boleh hidup secara normal seperti sebelum ini kembali. ataupun mungkin ini juga the new normal sampai bila-bila? hopefully tak. yang penting kita semua jaga diri masing-masing ye. jangan abaikan SOP yang ditetapkan. 

Buka Buku Pink di Klinik Kesihatan

okay, kalini aku nak bercerita mengenai pengalaman buka buku pink di klinik kesihatan. mungkin sedikit sebanyak boleh membantu ibu-ibu yang lain juga. memandangkan aku duduk di dalam Kuala Lumpur, jadi nurse suruh aku buka buku pink di KKKL (Klinik Kesihatan Kuala Lumpur). walhal ada je klinik lebih dekat tapi entah lah. dah dapat situ nak buat macam  mana. aku suggest sebelum kalian pergi ke mana-mana klinik kesihatan, pastikan telefon klinik tersebut terlebih dahulu. kata nak buka buku pink. nanti dia akan tanya beberapa soalan dan suruh korang buka di KK mana. jadi, tidaklah bazir masa pergi ke KK yang salah. 

kalau kita dah pergi tapi itu bukan KK yang patut kita pergi, mereka tak akan terima ye. aku nampak depan mata sendiri ada ibu ni dah siap buat temujanji di KKKL tu, tapi nurse suruh balik and pergi ke KK yang lebih berdekatan dengan rumahnya. kan rugi masa dan tenaga tu. dah lah tak dapat pergi bersama suami. ye, kita sorang je boleh masuk untuk buat checkup. unless nurse/doktor suruh. 

disebabkan ini temujanji pertama, jadi kena datang 30 minit lebih awal. jangan lupa bawa 

- sijil nikah

- bil elektrik / bil air

- scan baby (ini masa scan di klinik swasta)

kalau tak ada ini masa pertama kali mendaftar, dia tak akan terima juga ye. kena datang hari lain. please be fully prepared. KKKL ni kadang-kadang susah nak angkat telefon. jadi, haritu husband bawa aku terus ke KK sana untuk buat temujanji. nak buat macam mana. ramai yang nak datang buat checkup kan. 

lepas dah register, kita akan diminta untuk naik ke tingkat atas pula untuk register kali kedua. usai register di atas, barulah nurse akan suruh kita pergi ke makmal untuk ambil darah dan air kencing. kemudian, tunggu giliran di belah hadapan pula. untuk berjumpa dengan nurse dan buka buku pink. kalini agak lama sedikit sebab ada dua buku pink nurse perlu isi. jangan tinggalkan apa-apa sakit yang pernah ada dulu ye. yang berkaitan dengan rahim terutamanya. aku pernah ada surgery masa Tingkatan 1 pun kena bagitahu nurse tu. 

selesai sahaja buka buku pink, kena pergi buat test HIV pula. patutnya suami kena ambil test HIV juga. tapi manalah nak tahu husband perlu ada, jadi next temujanji sahaja baru suami akan buat. ini keperluan untuk sebarang komplikasi pada kandungan kot. 

terakhir sekali barulah berjumpa dengan doktor. dari apa aku dengar, sebelum buat scan baby tu, kena minum air banyak. sebab lagi banyak air dalam badan, lagi senang untuk scan baby. aku tak pastilah apa scientific cause dia. tapi aku minum sahaja air, tak salah pun. memang ibu perlu minum air banyak untuk kandungannya juga. 

alhamdulillah, masa ni sudah masuk 17 weeks. heartbeat ada. baby pun dalam keadaan sihat. ukur lilit badan semua normal untuk minggu 17 itu. 17 weeks ni sebenarnya dah lambat sangat. tapi itu sahaja tarikh yang ada untuk aku pergi buka buku pink, jadi tak adalah kena marah. seawal 10 minggu dah boleh buka sebenarnya. itu pun nasib baik aku dah scan baby di klinik swasta. 

perlu ke buka buku pink di klinik kerajaan? perlu jika anda ingin bersalin di hospital kerajaan. kalau mahu bersalin di hospital swasta, tidak perlu ke KK pun tak apa. tapi kebanyakan hospital swasta akan minta anda buka buku di KK terlebih dahulu. jadi kena bertanyakan pada hospital itu dahulu untuk makluman lebih lanjut. 

kalau nak buat di klinik swasta, aku boleh bagi cadangan buat di Klinik Siti. aku pergi ke Klinik Siti Gombak. doktor sangat peramah dan explain segala benda yang perlu kita tahu tentang kandungan kita. masa tu baru 12 minggu (tepat pada harijadi suami), jadi baby pun kecil sahaja lagi. masha Allah bila pertama kali dengar degupan jantung anak tu, rasa macam nak menangis je. aku harapkan perjalanan korang sepanjang hamil ini berjalan lancar juga. 

agak sukar bila kita sedang dalam musim Covid-19 ni, tapi tak apalah. yang penting kita pandai jaga diri. apa-apa boleh tanya di sini ye. itu sahaja dari aku. 

1 comment :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes