Assalamualaikum and hello lads! Kalini kita bercerita tentang makanan pula. Sebab apa? Sebab orang Malaysia dan makanan berpisah tiada. Hari itu aku dan suami pergi agak jauh sedikit iaitu di Klang. Makan di café sudah, di gerai makan sudah. Jadi seterusnya nak mencuba makan tengah hari di hotel pula. Hotel yang kami kunjungi ini bernama Premiere Hotel, Klang. Agak mudah untuk ke sana dan tidak melalui jalan besar yang sesak. Jadi, hanya mengambil masa selama 1 jam dari rumah kami di Gombak ke sana.
Promosi March & April 2021 : Hidangan Istimewa di Hotel Premiere Klang
Sedikit info mengenai Hotel Premiere Klang. Ianya merupakan hotel 4 bintang yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Hotel ini menawarkan pelbagai pilihan jenis makanan untuk tetamu hotel yang dinamakan The Buzz, Royal Gourmet dan juga Ichi PoolBar. The Buzz menyediakan hidangan tempatan dan juga antarabangsa, Royal Gourmet pula menyediakan makanan Cina yang unik manakala Ichi Pool Bar yang setanding dengan namanya menyediakan makanan seperti pizza, burgers yang menghadap kolam renang.
The
Buzz ini terletak di Ground Floor hotel, jadi masuk sahaja ke entrance memang
akan terus jumpa. Terdapat dua jenis hidangan signature terbaharu yang
diperkenalkan oleh Executive Chef Noor Hisham dan juga culinary team beliau. Antara hidangan tersebut adalah
- Ikan Bakar Tepian Klang 2 Rasa
- Angel Hair Pasta with Lobster Thermidor
Kawasan
The Buzz itu sangat santai dan tenang. Walaupun terletak bersebelahan jalan
besar, tapi privasinya terjaga. SOP juga turut diamalkan sempena musim PKP ini.
Terasa bagaikan di kaunter pula bila duduk di meja makan. Tanpa menulis lebih
panjang lagi, aku perkenalkan dua resepi baru dari Hotel Premiere Klang ini.
Ikan Bakar Tepian Klang 2 Rasa (RM32)
![]() |
Set Ikan Bakar Tepian Klang Dua Rasa ini berharga RM32 di The Buzz Cafe |

Siapalah
yang tidak suka dengan ikan bakar kan? Aku paling suka kalau dapat singgah
kedai makan ikan bakar. Di Hotel ini apa kurangnya juga. Kebiasaannya kita akan
mendengar ikan 3 rasa sahaja betul tak? Jadi, Executive Chef Noor Hisham ingin membuat sedikit
kelainan dengan membuat 2 rasa. Apa rasanya? Masam dan pedas. Jika digabungkan
dua-dua, memang benar-benar sedap rasanya. Husband lebih suka rasa pedas
manakala aku pula prefer masam semasa tengah mengandung ini. Tapi rugilah kalau
tidak mencuba kedua-duanya sekali kan. Ikan yang dibakar adalah ikan siakap
kerana hampir kesemua orang Malaysia sukakan ikan ini. Portion dia memang
banyak disertakan bersama nasi dan sayur. Jadi lengkaplah untuk hidangan
makanan tengah hari anda.
Angel Hair Pasta with Lobster Thermidor (RM38)
![]() |
Angel Hair Pasta with Lobster Thermidor berharga RM38 di The Buzz Cafe |
Makanan
Melayu sudah, jadi seterusnya kita cuba makanan barat pula. Hidangan kedua
merupakan Angel Hair Pasta with Lobster Thermidor. Aku sangat suka dengan
presentation Angel Hair Pasta with Lobster Thermidor ini. Sangat bersih dan nampak
elegan. Rasa macam nak ambil gambar banyak-banyak dahulu barulah makan. Rasa
pun memang sedap. Pasta ini mengandungi bawang merah, bawang putih, tomato ceri, chili flakes, buah zaitun dan juga pesto. Lobster pula disaluti dengan keju mozarella dan parmesan. Aku sangat suka dengan lobster thermidor tu. Isi dia banyak
juga dari tanggapan aku. Kejunya tidak membuatkan pasta tersebut rasa terlalu
muak. Ada juga roti sebagai hidangan sampingan.
Anda
berada di Klang tapi tiada masa untuk datang makan di hotel? Jangan risau,
kalau memang teringin nak makan dua resepi terbaru dari Hotel Premiere Klang
ini, korang boleh order melalui FoodPanda juga. Senang kan. Semuanya berada di
hujung jari kita je. Jangan lupa try ye! Memang berbaloi dan setanding dengan
harganya.
Hidangan ini available dari March hingga April 2021. jadi, jangan ketinggalan ye food hunters sekalian! Untuk sebarang maklumat dan tempahan, boleh hubungi +603 3325 6828 / 03-3325 6800 atau email ke fnb@premiere-hotels.wct.my atau whatsapp ke 012 449 6258.
![]() |
nampaknya husband pun seronok menikmati set nasi bersama Ikan Bakar Tepian Klang 2 Rasa ini |
About Premiere Hotel Klang
Premiere Hotel Klang is a business hotel with 250 rooms and suites, including 4 Executive Club floors. Located in the vibrant and modern township of Bandar Bukit Tinggi, it is conveniently located next to a shopping mall and places of interest as well as business and entertainment hubs. Premiere Hotel Klang is a part of the WCT Group of Companies.

Post a Comment
hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !