Assalamualaikum
and hello lads! Asyik bercerita mengenai kandungan sahaja kan, kalini nak
bercerita mengenai percutian aku bersama suami pula. Memandangkan kita masih
lagi di musim PKP, jadi tempat yang paling dekat untuk bercuti hanyalah di
kawasan ini juga iaitu Kuala Lumpur. Kasihan pada husband yang hari-hari Work from
Home (WFH) sejak dunia kita melanda Covid-19 tahun lepas. Jadi, kami decide
untuk beristirehat di hotel.
Hotel Traders Kuala Lumpur
Kalini hotel yang kami pilih ialah Hotel Traders Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan antara hotel di bawah Group Shangri la. Ianya betul-betul terletak berdekatan dengan Taman KLCC. Keluar sahaja dari hotel memang terus boleh ke taman tersebut. Memang sangat strategic lokasinya. Apa yang lebih membuatkan ia menarik adalah terdapat pilihan bilik di mana kita boleh menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas. Seronok!
Pada mulanya kami cuma booked Deluxe Room with Twin Tower view. Tapi tak sangka pula dapat upgrade sampai ke Suite Room dia. Alhamdulillah, mungkin rezeki baby hehe. Perjalanan dari rumah kami ke Hotel Traders Kuala Lumpur cuma 20 minit sahaja. Bila ditanya pada concierge hotel, katanya perlu parking di dalam kawasan Convention Centre tapi ada satu signboard yang akan membawa kita ke parking Traders Hotel. Kita perlu parking di dalam kawasan ini sebab nanti baru boleh hotel validate tiket kita.
ini yang kami booked |
ini yang kami dapat upgrade |
Usai
parking, kami terus ke lobi. Staff nya kata kena naik ke tingkat 5 untuk check
in. tingkat 5 ini juga adalah tempat untuk kami breakfast (dari apa yang aku
baca, breakfast di sini hanya pada waktu weekend, kalau weekdays di tingkat
lain). Proses check in agak lama tapi masih boleh menunggu. Oh, kami dapat
check in seawal 11 pagi pada hari itu. Salah satu benefit ketika MCO. Ramai juga
yang datang menginap sementara di hotel ini termasuklah expatriate aku rasa. Tak
mungkinlah ada tourist yang datang musim ini kan. Tiada deposit yang diambil. Malangnya
ketika ini pool dan spa ditutup. Dahulu ada juga limited slot. Tapi mungkin
demi keselamatan semua. Sayang juga sebab suami aku sangat suka mandi kolam
setiap kali kami ke mana-mana hotel. Buggy service ke KLCC juga ada tapi
disebabkan MCO, service ini juga dihentikan buat sementara waktu.
Kami
dapat tingkat 24. Masuk sahaja dalam Suite dia, masha Allah the view! Worth it
sangat. Bagi aku interior biliknya agak business like. Kalau nak di compare
dengan hotel lain yang aku pernah pergi, biliknya agak biasa pada pandangan
aku. Tapi masih selesa dan bilik air sangat luas. Ada satu ruang untuk bekerja,
satu ruang untuk tidur. Satu ruang bath tub dan satu ruang bilik mandi. Segala kemudahan
juga mencukupi. Terdapat iron + iron board, security box, bathrobe, dua TV
berskrin besar dan sederhana, air mineral, peti ais mini dan macam-macam lagi. Memang
selesa dan bersih. Untuk harga yang kami bayar dengan apa yang kami dapat ini
sangat berbaloi.
Breakfast
seperti yang aku kata terletak di tingkat 5 yang bernama Gobo Chit Chat. Sedap jugalah makanan dia dan
pelbagai. Kami diiringi oleh staffnya untuk duduk di meja yang sudah
ditetapkan. Aku minta air teh Tarik, manakala husband pula air teh o panas. Antara
makanan yang dihidang adalah nasi lemak, nasi goreng, rendang daging, mee kari,
roti canai, waffle, pancakes, miso sup, roti bakar, croissants, cereals, salad,
buah-buahan dan macam-macam lagi. Memang banyak aku makan. Maklumlah, dah tak
ada alahan. Haha.
Overall,
aku berpuas hati dengan Hotel Traders Kuala Lumpur ini. Nak bawa family pun
boleh. Katilnya sangat selesa dan kami dapat tidur dengan lena. Kawasannya strategic,
staffnya mesra dan membantu.

wahhh babymoon. dah nak dapat baby dahhh.
ReplyDelete