Assalamualaikum
and hello lads! Memandangkan aku baru sahaja ke klinik kesihatan ibu & anak
semalam, jadi harini aku nak share pengalaman aku. Mungkin serba sedikit dapat
membantu para ibu yang masih baru dan tiada pengetahuan seperti aku ini. Sebelum
aku bercerita lebih lanjut, aku ingin mengucapkan tahniah pada wanita yang
bakal bergelar ibu tidak lama lagi. Pastinya nervous dan excited kan untuk
berjumpa dengan anak nanti.
Minum Air Gula di KKIA
Kebiasaannya sebelum minum air gula ini untuk cek darah, anda kena buka buku pink dahulu. Belum buat? Apa fungsinya? Buku pink itu bertujuan untuk merekod segala maklumat berkaitan kesihatan ibu dan anak dari awal kandungan sehinggalah anak sudah lahir. Kalau di klinik kerajaan, buku pink ini sangat penting. Apa-apa dia akan cek di situ sahaja. Ada sesetengah ibu pula memang tebal buku pink dia.
Untuk
next appointment, doctor akan menentukan sama ada perlu atau tidak untuk kita
minum air gula. Untuk aku, ketika usia kandungan sudah mencecah 24 minggu baru
perlu minum air gula ini. Apa fungsinya pula? Ini untuk cek paras gula dalam
darah. Dahulu kala tiada ujian ini. Mungkin sekarang ramai ibu yang mengalami
penyakit GDM (Gestational Diabetes Mellitus), jadi ini membantu ibu-ibu untuk
mencegahnya lebih awal dan tidak membawa implikasi buruk pada anak.
Mujurlah
aku ada join group Kelab Ibu Mengandung di Facebook. Jadi sedikit sebanyak aku
tahu apa perlu buat semasa proses minum air gula tu. Ini untuk kebaikan kita
juga, takut tersangkut, nanti kena minum air gula lagi untuk next appointment
dan kena makan ubat. Ini tips yang mereka ajar.
1.
Berpuasa seawal 10 malam pada hari sebelumnya. Puasa
makan sahaja. Minum air kosong boleh. Esoknya masa dah minum air gula pun tidak
digalakkan untuk makan. Kena tunggu 2 jam selepas darah sudah diambil kali
kedua, barulah boleh makan.
2.
Ada sesetengah KKIA yang bagi kita bawa air gula
sendiri. Maksud di sini, kita beli air botol gula ini di farmasi atau di
Shopee. Air gula ini sahaja yang dibenarkan ye! Jangan buat air gula sendiri
pula. Make sure inform nurse dulu before nak minum air botol tu. Cawannya
memang besar di KKIA. Better datang awal jadi dapat minum air gula yang masih
suam dan tidak likat. Bila dah likat pekat lagi tak selera nak minum
3.
Disebabkan cawannya besar, jadi untuk
mengelakkan dari muntah, better minum dalam dua kali teguk sahaja. Kalau asyik
teguk banyak kali, takut start rasa mual. Ingat ye, kalau dah muntah, kena
minum lagi sekali. Jenuh!
4.
Kalau dah start rasa mual tu, bawalah minyak angin
bersama. At least dapat kurangkan sikit rasa nak muntah.
5.
Bila dah habis, tunjuk cawan/botol tu pada
nurse. Dia akan tentukan pukul berapa kita kena datang semula di makmal untuk
ambil darah kali kedua.
Usai
ambil darah tu, kita boleh terus balik. Jangan lupa set appointment yang
seterusnya. Kalau kata result tidak memuaskan, KKIA akan call kita dan minta
untuk minum air gula sekali lagi. Jadi, berdoalah banyak-banyak keputusan kita
okay ye.
Itu sahaja
dari aku. Semoga dapat memberi manfaat pada ibu di luar sana.
Post a Comment
hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !