Scan Detail Baby + 3D4D

Assalamualaikum and hello lads! Ahad lepas aku dan suami bercadang untuk buat scan baby secara detail dan juga 3D/4D. sebab di KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) tidak menyediakan servis tersebut. Almaklumlah, mungkin kos nya agak mahal. Di KKIA hanya akan buat growth scan sahaja di mana ianya percuma. Tetapi growth scan ini hanya secara general sahaja. Bermakna doctor boleh nampak lilitan kepala, abdomen, paha dan berat baby. Kalau korang teringin nak tengok lebih cantik dan berwarna, bolehlah mencari klinik swasta. Tapi kena tahu ye, untuk buat scan 3D/4D hanya apabila kandungan sudah mencecah usia 24 minggu ke atas sahaja. 

Scan Baby Details + 3D4D

Tempat yang aku pergi scan ini adalah Sonoworld Myfamily yang terletak di Ampang. Kliniknya terletak di area kawasan perumahan dan perlu buat appointment dahulu ye. Sebab weekend memang selalu akan fully booked. Apa yang menarik bagi aku adalah servis scan ini akan dilakukan oleh sonographer. Bermakna mereka memang sangat arif dengan machine dan detail mengenai bayi kita. Masa kami sampai tu tiada orang. Mungkin sebab masing-masing sudah ada appointment sendiri. Kita digalakkan untuk datang 15 minit awal untuk proses registration. 

Memandangkan kandungan aku sudah 24 minggu pada Ahad lalu, jadi inilah peluang untuk kami melihat bayi secara lebih terperinci. Lagipun teringin sangat nak tahu apa jantina anak kami ini. Sonographer mujurlah seorang wanita juga. Jadi tidak lah rasa janggal buat scan masa tu. Memang betul-betul detail dia explain. Alhamdulillah, bayi kami sihat dan aktif. Kalau nak buat scan baby tu, make sure baby korang tengah aktif ye. Sebab nanti boleh nampak pergerakan baby. And sonographer pun senang nak kejut dia suruh pusing. 

Sonographer akan berusaha sedaya upaya untuk scan supaya segala maklumat yang perlu kita tahu ada pada kita. Ditakdirkan haritu anak kami malu pula. Asyik tutup muka sahaja. Tapi nasib baiklah dia tengah bergerak juga. Jadi, sonographer kejut dia sampai dia alihkan tangan. Seronok pula tengok. Apa jantina baby? Kita tungguuu.. haha.

Jadi, apa beza detail scan dengan growth scan ini? Growth scan ini macam aku perjelaskan tadi. Boleh dibuat di KK juga untuk tahu measurements baby. Detail scan pula kita akan tahu keadaan/kesihatan jantung, buah pinggang, cecair dalam otaknya, jari jemarinya cukup ke tak, tulang belakang, soket mata dan macam-macam lagi. Kedua-dua ini hanya scan berwarna hitam putih sahaja. Kalau berwarna itu barulah 3D/4D scan. Total harga yang aku buat di sini hanya berharga RM180 sahaja. Memang sangat berbaloi aku rasa. Sebab aku pernah buat scan di salah satu klinik swasta lain untuk 2D, harganya sama! RM180. 

ini adalah Growth Scan

Ini adalah Detail Scan. credit to owner

Balik dari scan terus sahaja pergi shopping barang baby! Iyela, seronok punya pasal. Doakan urusan bersalin aku nanti dipermudahkan ye. Aku doakan kalian yang sama juga. Tak sabar nak berjumpa dengan permata hati ni. Hopefully biarlah cukup minggu baru dia terasa nak keluar dan tiada komplikasi. Itu sahaja. 


1 comment :

  1. wahhh ameen. so excited nk tunggu baby lahir. semoga lahir dengn sihat ya baby

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes